Tuesday, January 31, 2012

My BB or My BlackBerry

BB atau BlackBerry adalah smart phone ramai yang dah guna BB pada zaman serba moden ni.. mcm aku ada gak My BB hahahaha dah setahun lebih aku guna. Aku Guna BB sebab geng2 aku la dok hasut. Aku just guna BlackBerry Curve 8520 ni BB aku.
BB aku
apa istimewa sangat BB ni sampai 24 melekat kat tangan ni ok. mula2 dlu aku pun x tau apa yg best sgt dgn BB ni. selama setahun aku guna mcm2 aku dah boleh buat guna BB ni hahaha... istimewa BB ni sbb dia ada BBM ia AKA blackberry messenger ia salah satu aplicaciones untuk berinteraksi dgn kawan. 1 yang best sbb messenger dia free jew.. sesuai untuk abg2 dn kakak yg tgh couple sbb jimat keradit.
BBM
selain BBM yang paling tgn aku dok gatai selalu dok guna adalah aplicaciones ubersocial. ia merupakan aplicaciones twitter untuk bertweet perghh.. ni memg aku ketagih gila dok tweet setiap minit  atau jam misti aku tweet hahaha.. ada aku kesah apa org nak cakap aku dok tweet.. janji aku tak gangu orang lain kn2.
tweet

next aku dok guna gak Blackberry App world. kalu hgpa nak cari App baru cari dalam BB App World ja mcm2 ada kegunaan lain.contohnya YM, MSM , FB dan Lain2 lah..
BB App W
Foursquare adalah App untuk kita Check-in Kt mana tempat hgpa p. kegunaan dia gak untuk hgpa boleh cari kedai2 makan, hotel dan mcm2 lah dia akan tunjuk tempat yag terdekat dgn kita.
FQ

whatsapp merupakan App messenger yang boleh di gunakan untuk contet member yang guna Android dia mcm BBm gak boleh msg. tapi mcm android dia ada kelemahan tertentu.sbb Android internet masih mahal lagi berbanding BB . selalu whatsapp org gna time ada Wifi jew. BB 24 jam on Whatsapp.
whatsapp

selain App dekat ats ni byk lagi App yang boleh di gunakan dekat BB contoh myspace, facebok, maps, GPS dan byk lagi lah nak kata.. sbb benda2 mcm ni la BB ni dah mcm jdi teman hidup aku dah. kalau geng2 aku dok lepak dgn depa semua . masing2 dok tgk BB  jew bkn menyembang pun. hahahaha itu lah penangan BlackBerry. 
antara App lain yang ada dalam BB

SO bagi aku biar hidup tak dak awek or scandal ker(perah santan). Jgn tak dak BB aku hahahaha.. meraung oiii.. Dlm BB ni ramai kawan aku boleh cari silap2 jodoh aku melalui BB kot.. hehehehe gedik... ok tata... lOve U BB... hehehe





Thursday, January 12, 2012

Kupu-Kupu Malam





Ada yang benci dirinya
Ada yang perlu dirinya
Ada yang perlu untuk meyintainya
Ada pula yang kejam, menyiksa dirinya.


Inikah hidup si kupu kupu malam ?
Bertaruh bekerja seluruh jiwa dan raga

Bibir senyum kata halus merayu memanja
Kepada setiap yang melihatnya.


Terbanglah kupu-kupu malam
kemana sahaja.
kerana esok akan tiba fajarnya

 Apa terjadi, terjadilah
Yang dia tau, Tuhan menyayang umatnya
 Apa terjadi, terjadilah
Yang dia tau hanyalah menyambung nyawa.



Hidup kupu-kupu malam
Mati kupu-kupu malam

Wednesday, January 11, 2012

Setahun Orex si Hamster Shah Alam

Nama    : Orex
Umur    : 1 Tahun 4 Bulan
Jantina : Jantan
Jenis   : Winter White Hamster
Hobi    : Suka mengorek serbuk kayu atau pasir
Tabiat Buruk         : Tidur dengan Cara tak Senonoh
Perkara Paling Malas : Kopek Kauci
Benda Paling Rajin   : Makan Dan Tidur


Itulah serba sedkit tentang Orex. Orex seekor Hamster yang aku beli di sebuat pets Shop di Shah Alam dengan Harga RM35 semasa aku tinggal di sana kerana menjalani Latihan industri. Asal Nama Orex bermula pada hari first aku beli pada malam tu aku letak Orex di dalam sangkar. Semasa dok dalam sangkar Si orex ni keja dok korek jer pasir dalam sangkar 2 Sbb 2 terlintas nak letak nama Orex. Aku beli Orex Di sebabkan Aku sunyi dok kat Shah Alam sorang2 ja dalam bilik. Hurmm Orex juga menjadi Tempat aku meluah dan mengadu masalah aku memang hidup dekat shah alam banyak ujian menimpa aku dengan ada orex aku dapat la aku main dengan dia serba sedikit hilang la masalah aku. Orex ni juga seekor hamster yang jinak sepanjang aku bela dia setahun dia tak pernah gigit aku sebab tu aku sayang dia. kalau Orex terlepas dari sangkar pun dia tak menilau mana. Masa kt shah alam aku beli juga pasangan untuk orex hamster tu nama dia Ciki. Ciki ni terlampau garang pengang sikit dah gigit tak macam Orex. Tapi Riwayat Ciki tak panjang Ciki mati seminggu sebelum aku balik Penang. Hurmm tu la serba sedikit cerita pasal Orex. Walau hanya seekor Hamster, bagi aku Orex lain dari yang lain Orex banyak Menceriakan hari-hari kelam ku.

Orex

Orex



Binatang pun pandai  hargai tuan dia kalau kita menjaganya dengan betul.
Thank You Orex dah setahun kita bersama.

Monday, January 9, 2012

Accident Di Jalan Sawah

Jam 7.20am 10 jan 2012
Semalam aku jam 10pm aku keluar untuk ke kedai. Masa nak balik rumah aku ikut Jalan di tepi sawah sebabnya aku malas nak lintas jalan kereta moto banyak. Masa balik aku tak la bawa laju sangat 40 ke 60 KM/j ja. Sampai di sudut selekoh aku ternampak MAHLUK ni ada di tengah jalan sebab nak mengelakan diri dari dia moto aku terbabas dan jatuh ke jalan. Lepas tu aku bangun aku rasa siku tangan kiri dan kanan aku pedih, kaki kiri aku pedih di sebabkan luka dan pipi aku terasa bagai kena penumbuk mebengkak sebelah gila punya sakit nak makan pun susah tak boleh buka mulut luas-luas. Aku balik rumah dahulu baru aku pergi ke hospital tapi Alhamdulilah kecederaan yang aku alami tidak lah bergitu teruk doc cakap dalam seminggu insyallah boleh sembuh. Nasib baik aku tak kena teruk sangat di jalan tu. Sebab kat jalan tu penah meragut seorang nyawa kawan aku. Aku rasa kalau aku tak elak MAHLUK tu mungkin aku follow kawan aku dah. Rasanya dah hampir 3 tahun aku tak di timpa kemalangan tapi antara kemalangan yang lain aku rasa ini yang paling teruk. So kemana jua kita pergi kena lah hati-hati pelbagai bentuk bencana akan menanti kita apa bila kita leka. Alhamdulilah Allah masih beri peluang untuk aku hidup ini adalah salah satu ujian yang di beri pada aku supaya aku meningati mati.



Berpantang maut sebelum ajal menjelma
di sebalik yang berlaku pasti ada hikmahnya

Sunday, January 8, 2012

Dua Tahun Bersama POLIMAS

WE sPw
Alhamdulilah setelah jodoh aku dengan KPTM ipoh terhenti pada noktahnya. Tetapi 2 Tahun aku di Polimas yang berlalu sungguh mencabar tahap kewarasan fikiran. Walau ada yang terkandas di tengah jalan tapi aku teruskan juga perjalanan dengan usha dan semangat yang di dorong oleh keluarga, Penysarah dan Rakan-rakan. Terima kasih atas segala nasihat dan tunjuk ajar yang di beri. Perjalanan aku tak akan terhenti di sini banyak langkah aku lagi untuk memperoleh kejayaan dunia dan ahkirat. Selagi hayat di kandung badan insyallah aku akan melompat lebih tinggi dan melangkah lebih jauh 
- Isyallah -

Hafis Rashid



Tempat terjatuh lagi di kenang ini kan pula tempat berjaya.
kenangan terindah semasa ku.






Saturday, January 7, 2012

MeRaja Mimpi

satu

dua

tiga

empat

lima

enam

tujuh

lapan


Teruja aku mengejar mu
Bermimpi memiliki mu
Tanpa perlu ku endahkan dunia, dunia 
Biarkan ku terus berlari
Cuba merajai mimpi
Tiap bayang mu akan ku jejaki nanti . 





Kesabaran adalah segala ibu kekuatan
Satu hari Allah akan mebantu  orang-orang yang sabar.