Tuesday, February 28, 2012

Ini Air Mata Aku

Petang tadi Aku pergi melawat kawan aku dia dah hampir 4 bulan terlantar di hospital dia jadi mcm di sebabkan sebuah penyakit misteri kalau tak salah dah 3 kali dokter ambil air tulang belakang dia. sebelum tu aku besa melawat dia sekali. tapi keadaan dia x bergitu teruk. So petang tadi kali kedua aku pergi melawat dia. Tapi petang tadi bergitu tersentuh hati aku tgk dia. Bila dia nampak aku dgn kawan aku datang aku tgk air mata mengalir dari mata dia. Aku time ni memg dah tak tahan air mata aku terus mengalir keluar. Aku tgk keadaan dia rambut dah mula gugur, badan dah mula kering dan hanya boleh sekadar boleh buka mata, tubuh badan yang tak mampu bergerak mungkin dia dah lumpuh. Aku terdetik kalau lah aku jadi mcm dia Ya Allah tak dapat aku bayangkan. Aku seorang yang keras hati susah-susah sgt nak nagis tapi Khairul Asyraf ang dah buat aku nagis bro aku ingat lagi masa kita kayuh basikal naik bukit masa sama-sama karoke kt relau. Aku tak sangka ang di duga dgn Dugaan bergini... sebelum aku balik aku ada bisik kat telinga dia ( Aku harap hang banyak-banyak sabar hang kena kuat ni salah satu dugaan Allah kepada hang )
Gambar dia sebelum badan turun and rambut gugur


Allah Uji Kita Sebab Dia Sayang KIta

Sunday, February 26, 2012

Fikir Sejenak

"Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan."



Wednesday, February 22, 2012

5 Hero Malaya idola Aku

Setiap Orang misti ada idola sendirikan. Now aku listkan 5 Orang Hero Malaya idola aku. Just Idola OK . im Not Gay.

Anuar Zain
1. Anuar zain dia merupakan seorang penyanyi yang punya suara yang lunak di dengar.. Dia popular dgn lagu Sedetik Lebih Mula2 Masa dia Jadi artis aku x bapa nak minat sangat and first time aku p Show dia perghh ramai gila awek2 dok kat depan menjerit2 abg anuar abg anuar and sampai ada yang pensan. Gila punya dasyatla penangan Anuar Zain ni.

Adi Putra

2. Adi Putra aku besa jumpa dia sekali masa aku tgl kt shah alam. Aku suka Cara penampilan dia dalam lakonan dia dgn tubuh sasanya. hahaha.. banyak filem dgn drama dia belakon. antara yang best KL gengster, tentang dhia and byk lgi aku tak ingat.

Bront Palare
3. Dia ni aku minat sebab jambang dia smart sial. aku nak tiru tak boleh sebab ketumbuhan aku lambat naik. hahaha.. dia ni style dia slumber pasti kt luar sana ramai perempuan tergila-gila kt dia. hahaha.. aku memg minat gila lakonan dia ni  stlye..

Faizal Tahir
4.Faizal Tahir ni lagi lah. kalau p show mana2 kalau ada dia pasti penuh. menjadi kegilaan ramai orang. dia yang suka pakai jenama superman. ramai anak2 muda kt luar sana dok follow ternd dia.. bagi aku dia ni punya perwatakan menarik pandai buat penampilan sendiri.

Remy Ishak

5.Remy Ishak merupakan seorang pelakon. Dia ni banyak menjadi model2 iklan sebab ada gaya dan style sendiri atau senang cakap muka market kot. aku suka gila lakonan dia dalam filem CUN utarqa habis kot. hahaha.. 


tu lah top 5 hero malaya yang aku suka sangat nak Follow style depa tanya ja kat lelaki mana yang x mau jadi pujaan aweks2.. dan orang sekeliling dpa.. semua nak kan.. hahaha.. mcm aku teringin gak jadi macam depa2 ni. tapi apakah mampu muka x hot stuff hahaha.. kalau tak jadi pujaan orang lain jadi pujaan untuk keluarga sendiri pun ok kn kwn2.. heheheh TC




Wednesday, February 8, 2012

Monday, February 6, 2012

Bangun Agama, Bangun Bangsa, Bangun Negara

Anakku...
Bangunlah bersihkan diri
Bersihkan dalam rumah
Bersihkan laman rumah
Dan Bersihkan minda jahat negara ini.

Siang sudah hari
54 tahun sudah kita merdeka
Tetapi petualang Melayu masih menjajah
Menjajah minda mewarisi penjajah
Merajakan nafsu bersultankan keserakahan hati.

Anakku...
Bangun dan bersihkan kotoran Melayu
Yang mengaku Islam tetapi buta agama
Berikan mereka senjata ajaibmu
Yang ayah bekalkan
Ajarkan mereka isi-isi Al Quran
Berikan mereka perisai saktimu
Yang ayah sampaikan kepadamu
Berupa hadis-hadis dan sunah Nabi SAW
Agar Melayu pengkhianat itu sadar
Atau biarkan mereka mati dalam kemunafikan
Atau mati mencekik diri sendiri
Terhina kerana memperlekehkan Tuhan.

Anakku...
Bangunlah segera
Kerana sebenarnya Melayu perkasa
Tidak pernah terjajah
kecuali dengan minda
Dan kesesatan minda itupun tidak semua
Kerana kitalah warisannya.

Peganglah teguh-teguh
Wahai anakku
Dan cagarkanlah nyawamu
Dengan petunjuk Quran dan Hadis
Dan jangan malu kau mencekik Melayu pengkhianat itu
Dengan ketajaman ilmu tauhid
Membenam pengkhianat agama dan bangsamu.
Melayu munafik
Yang sememangnya kau amat kenal
Melalui petunjuk Allah dan rasul.

Ayuh bangun dan lakukanlah
Dengan doa dan bismillah! Bergeraklah!!
Allahuakbar!!!



Aku bangun kerana Islam,
Aku bangun kerana Bangsa,
Dan aku bangun kerana Negara ku

Thursday, February 2, 2012

The Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

Assalamualaikum geng.. sejak bulan ni famliy aku rajin tgk sebuah rancangan di chanel TV Al-Hijrah rancangan tu Tajuk dia 30 minit bersama Ustaz Don.. First time aku tgk aku dah tertarik cara penyampaian yang di tonjolkan oleh Ustaz Don. cara dia bersahaja tetapi input dia boleh dapat. Dia byk menerangkan tentang hukum hakam, cerita2 nabi, terjemahan Al-Quran dan pelbagai isu Agama.Ok jom kita tengok sikit tentang Profile Ustaz Don.
Ustaz Don

Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)
Status: Bujang
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir

 Ni antara gambar-gambar yang sempat aku cari.

bersama sham kamikaze


style kan.
  
Mungkin cara dakwah Ustaz Don boleh di terima pakai oleh masyarakat pada zaman sekarang. Tak semistinya Ustaz 24jam kena pakai Jubah dan serban. Islam tak menghalang cara kita berpakian tetapi jangan melangar hukum-hukum syariat islam yang boleh memudaratkan diri sendiri dan orang lain. Mungkin satu hari nanti Ustaz Don boleh menjadi tokoh Ulama Islam di Malaysia..

Wednesday, February 1, 2012

Puncak Mutiara Cafe Kampung Pelet

Puncak Mutiara Kampung pelet terletak dalam kampung pelet di kawasan bukit mertajam. Ok first time aku pi sana wuh best gila tgk view dia.  kalau view best tempat best misti makanan dia terbaik . Aku p sini pun sbb masa kenduri rumah aku. Kakak aku ambik ketring dia orang punya la. Tpi aku sendiri tak sempat makan sebab busy sgt.
map
pandu arah nak ke tempat tersebut ikut ja arah map kt atas insyallah jumpa.








antara view kat Puncak Mutiara Cafe. Nampak menarikkan?? ok sekarang jom kita tengok menu-menu yang terdapat kat sini.






ni antar sebahagian menu2 yang sedap yang besa aku makan.. kalau harga 2 boleh tahan la tak mahal tak murah janji puas hati.  kalau nak tau lebih lanjut klik kat sini www.puncakmutiara.com macam2 hgpa boleh tengok lagi apa yang menarik sangat Puncak Mutiara Cafe. bagi aku ni antara Cafe yang terbaik aku besa makan.. hahahaha.. belum cuba belum tahu.. ada sapa2 nak belnaja aku makan??? hehehehe