Monday, January 9, 2012

Accident Di Jalan Sawah

Jam 7.20am 10 jan 2012
Semalam aku jam 10pm aku keluar untuk ke kedai. Masa nak balik rumah aku ikut Jalan di tepi sawah sebabnya aku malas nak lintas jalan kereta moto banyak. Masa balik aku tak la bawa laju sangat 40 ke 60 KM/j ja. Sampai di sudut selekoh aku ternampak MAHLUK ni ada di tengah jalan sebab nak mengelakan diri dari dia moto aku terbabas dan jatuh ke jalan. Lepas tu aku bangun aku rasa siku tangan kiri dan kanan aku pedih, kaki kiri aku pedih di sebabkan luka dan pipi aku terasa bagai kena penumbuk mebengkak sebelah gila punya sakit nak makan pun susah tak boleh buka mulut luas-luas. Aku balik rumah dahulu baru aku pergi ke hospital tapi Alhamdulilah kecederaan yang aku alami tidak lah bergitu teruk doc cakap dalam seminggu insyallah boleh sembuh. Nasib baik aku tak kena teruk sangat di jalan tu. Sebab kat jalan tu penah meragut seorang nyawa kawan aku. Aku rasa kalau aku tak elak MAHLUK tu mungkin aku follow kawan aku dah. Rasanya dah hampir 3 tahun aku tak di timpa kemalangan tapi antara kemalangan yang lain aku rasa ini yang paling teruk. So kemana jua kita pergi kena lah hati-hati pelbagai bentuk bencana akan menanti kita apa bila kita leka. Alhamdulilah Allah masih beri peluang untuk aku hidup ini adalah salah satu ujian yang di beri pada aku supaya aku meningati mati.



Berpantang maut sebelum ajal menjelma
di sebalik yang berlaku pasti ada hikmahnya